400g cooking chocolate//coklat masakan
150g unsalted butter//butter tanpa garam
100g brown sugar//gula perang
100g castor sugar//gula castor
4 eggs//telur
1 tsp vanilla essence//1 sudu kecil esen vanila
100g self raising flour//tepung naik sendiri **kalau takde boleh guna tepung gandum
30g cocoa powder//serbuk koko
nota penting:
- coklat masakan + butter dalam mangkuk kaca, cairkan guna kaedah double boiler. kalau ada microwave lagi bagus. ini bahan A
- dalam bekas lain, pukul telur+esen vanila+brown sugar+castor sugar. ini bahan B
- guna bekas lain, ayakkan koko+tepung. ini bahan C
- campurkan bahan A dan B dalam satu bekas dan gaul rata.
- akhir sekali baru masukkan bahan C sikit demi sikit guna kaedah kaup balik sampai nampak adunan tu licin tak berketul.
- masukkan adunan brownies dalam dulang pembakar//baking tray yang dihajati.
- masukkan tray dalam preheated oven so takdelah brownies kau sendu. bakar selama 30 minit guna temperature 160'C atau ikut kesesuaian oven anda.
- lepas siap dibakar jangan tergesa-gesa nak keluarkan, biarkan brownies dalam oven dengan pintu oven direnggangkan untuk proses penuaan(kedut) berjalan lancar.
selamat mencuba!
- kalau nak masukkan coklat cip atau kekacang, bolehlah ditambah semasa proses kaup balik berlaku.
- lepas disejukkan, brownies juga sedap dihidangkan dengan nutella atau peanut butter.
- nak kedutan yang cantik kena guna coklat masakan yang mahal sikit macam Beryl's atau Van Houten ok.
Post a Comment